Bukit Bendera@Penang Hill tempat mesti di lawati.


Assalamualaikum wbt,

Bertemu lagi dalam blog saya. Hari ini saya mahu berkongsi tempat menarik di Pulau Pinang iaitu Bukit Bendera. Di antara tempat menarik yang mesti anda datang jika berkunjung ke Pulau Pinang.

Bukit bendera merupakan puncak ì di mana anda dapat melihat panorama di sekitar negeri Pulau Pinang.
          
Saya akan memberi sedikit maklumat tentang harga tiket, kenderaan, waktu lawatan, jadual keretapi dan apa yang menarik di Bukit Bendera ini.

Sebagai permulaan, saya kongsi Video dari Channel saya di youtube Razmy Noor tentang Bukit Bendera buat tontonan anda.



Sila klik pada link di bawah untuk menonton video di channel youtube saya. 

               https://youtu.be/XZ_LsLxoSwk
Tolong subscribe.

Pengangkutan ke Bukit Bendera
Pada zaman sekarang lebih mudah bergerak dengan menggunakan grab dengan menggunakan applikasi pada telefon mudah alih. Tetapi boleh juga menggunakan perkhidmatan teksi dari hotel. 
Jika datang menggunakan kenderaan sendiri, tempat letak kereta disediakan.

Tempat Letak Kereta Bertingkat
Tempat Letak Kereta Bertingkat Bukit Bendera (GPS: 5.4077, 100.27753) ialah parkir bertingkat bersebelahan Stesen Bawah Keretapi Bukit Bendera. Ia berada di Jalan Stesen Bukit Bendera, Pulau Pinang. Parkir ini adalah tempat meletak kereta yang utama bagi pelawat Bukit Bendera. Parkir ini adalah tambahan kepada parkir terbuka A dan B.

Waktu Untuk Meletak Kenderaan
Isnin – Jumaat
Jam yang pertama – RM 2.00
Selepas 1 jam dan seterusnya – RM 1.00
Flat rate (12am – 5am) – RM 5.00 / masuk
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Jam yang pertama – RM 3.00
Selepas 1 jam dan seterusnya – RM 1.00
Flat rate (12am – 5am) – RM 5.00 / entry
Tiket hilang perlu bayar – RM 50.00

Harga Tiket Keretapi Bukit Bendera
Harga tiket keretapi tertakluk pada umur individu dan juga taraf kewarganegaraan. Bagi warganegara Malaysia, harga semestinya lebih murah daripada warganegara asing. Sila rujuk jadual harga tiket di bawah.
***Peringatan jangan lupa bawa Mykad anda dan Mykid anak-anak anda.




Comments